Saat mengaminkan doa selepas selesai majlis akad nikah. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, aku sah menjadi suri hidup En Abu Zar
Merpati dua sejoli. Aku ingin bersamanya hingga ke hujung nyawa.
Alkisahnya, perkenalan aku dengan en abu bermula di skrin komputer. Ya, kami adalah pasangan CINTA INTERNET. Tahun 2000 kami start chatting, putus hubungan pulak selama setahun. Lepas tu jumpa balik kat channel yang sama dengan masing2 masih menggunakan nickname yang sama. Time tu la en abu ajak kluar. Lepas balik dari blind date, en abu call terus ajak couple. tarikh keramat tu ialah 8 Mac 2001, tepat pukul 12 tgh malam.
Nak tau tak? Masa kami chatting dulu, en abu nih brutal abih. Mana taknya, dia bahasakan diri dia sebagai 'GUA' dan aku sebagai "LU". Time tu aku pikir lantak la dia nak cakap macam mana pun.
Tak sampai 6 bulan kami couple, aku dapat tawaran study di Melaka. 4 tahun kami berPJJ. Alhamdulillah akhirnya pada 17 Dis 2005 kami ditunangkan dengan restu dari orang tua kedua belah pihak.
Setelah bertunang selama setahun lebih, 9 Mac 2007 kami disatukan dengan ikatan yang sah. Kenduri sebelah pengantin perempuan pada 10 Mac dan majlis Menyambut Menantu pada 11 Mac 2007.
8 Mac 2001 - kami couple
9 Mac 2007 - kami nikah
10 Mac 2007 - kenduri sebelah pengantin perempuan
11 Mac 2007 - majlis menyambut menantu
Dan pada 4 mei 2008, kami dikurniakan seorang puteri, Mya Adzra Zuhayra binti Mohd Abu Zar.
Mudah2an kebahagiaan akan sentiasa menjadi milik kami bersama. Amin...
pssst: sori maira, terpanjang plak entri nih.
2 comments:
Dtg terjah..
Cinta maya ke jinjang pelamin.. Wow!! Tahniah ye..heee..
Ok penyertaan lulus & Gud Luck ye
alhamdulillah mj... jodoh kami... TQ ya... harap2 ada rezeki...
Post a Comment