Thursday, December 2, 2010

LITTLE FINGERS CONTEST 3

HAPPY 2ND BURZDAY DEAR AERISH!

Jom join!

http://mamaaerishtwo.blogspot.com/2010/11/little-fingers-contest-3.html


Dateline: 4th January 2011 (b'day aerish)

1. Nih gambar lama aku 3 beradik dengan kawan sekampung kami di kodiang, kedah. Time nih papa mengajar di Sek Men Tunku Bendahara, kodiang. Nampak tak baju kami 3 beradik yang serupa? Macam tu lah kami setiap kali tiba hari raya masa kecik2 dulu. Mama akan buat baju kami dari kain yang sama. 2 orang adik lelaki aku akan pakai baju melayu dan aku baju kurung/kurung moden dari kain yang sama yang disulam bunga. Rasanya sampai aku masuk darjah 1 pun masih macam tu jugak. So, bermacam2 warna la yang ada. Tapi tatau la ke mana baju2 tu sekarang.

2. Memoir yang paling aku tak lupa adalah ketika papa aku sakit sekitar tahun 1996. Time tu aku tingkatan tiga dan aku bakal menduduki PMR. Papa sakit mengejut dan hampir 4 bulan terlantar di hospital. Mama langsung tak balik sebab jaga papa di wad dan papa takmau orang lain jaga dia. Di rumah cuma aku dan adik2 aku. Time tu akulah ibu, akulah ayah. Mana nak study lagi. Raya Aidiladha 1996 kami disambut di Wad CCU Hospital Besar Alor Setar sebab ketika itu papa koma, penuh wayar diseluruh badannya. Papa macam mayat hidup. Kami berdoa2 tak henti2 semoga papa dipanjangkan umur. Alhamdulillah papa sekarang dah sihat dan badannya dah menjadi gemuk akibat pengambilan steroid (dgn nasihat doktor) cuma masih follow up di hospital. Aku jugak bersyukur, result PMR aku amat membanggakan 7A1B. Sampai sekarang doktor masih tak dapat trace apa sakit papa. Pelik kan?

3. Nama samaran aku masa kecik (dan sampai sekarang pun masih ada sedara-mara yang memanggil aku dgn gelaran nih) ialah ZIZI. Nama nih sebenarnya langsung takdak kena-mengena dengan nama aku. Tapi cerita aku aku tau dari mama, sebenanrnya 'ZIE' tu ialah nama manja yang papa nak panggil mama yang namanya ADZIAH tapi mama takmau. SO, jadilah anak sulung diorg nih ZIZI.


2 comments:

eB@mamaAerish'n'Aed said...

touching la... hu3

tg sudi join yer... gd luck... :)

Ibu Ayra said...

orait eB, TQ sudi jenguk my entri...

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online