Tengahari tadi abg posmen poslaju berenti depan rumah aku then dia picit hon. Sah-sah ada parcel untuk aku. Ya, btol memang ada parcel untuk aku. Tapi bila dibuka, sayang seribu kali sayang. Hadiah mug dari nadia ar-rumaisha sempena kemenangan aku dalam Giveaway Murah Hati dah berkecai. Tengoklah....
Memang sayang sangat sebab mug ni cantik. Cuba korang tengok design serpihan mug tu. Cantik kan?
Actually kat kotak parcel nih ada tertulis 'fragile' tapi nadia, akak rasa kena tulis besar2 sket kot. Staf Pos Malaysia tak sempat nak baca kalau tulis kecik2. Kalau tulis besar, sure diorang trus nampak. tapi takpalah, dah takde rezeki. Nak buat macam mana.
Tapi kesedihan aku terubat sebab ada lagi hadiah iringan selain dari mug yang dah bersepai tu. Seketul slimming soap. Best! Aku suka sebab berat badan sekarang dah melampau2 naik. Spare part kat badan nih pun macam dah banyak sangat. Boleh try, kalau sesuai boleh terus pakai. TQ nadia.
Dan ada lagi satu hadiah dari nadia, iaitu detox foot patch. Ada 10 keping, banyak tu. Aku tak penah try pakai lagi foot patch nih even before nih member aku dah bagi sampel 2 keping tapi blom terpakai. Insyaallah malam nih nak try lah. TQ lagi sekali nadia. Banyak tol hadiahnya selain dari watermark yang semua peserta Giveaway Murah Hati akan dapat.
2,3 hari lepas aku dapat satu parcel. Bila tengok alamat, dari UmiAnas. Ingat2 balik, aritu dah dapat FM Shanghai dari dia sebab ayra menang no.3 Cute Little Muslim/Muslimah. Rupa2nya ada lagi satu hadiah yang dia tak antar sekali dengan FM tu sebab hadiah yang nih lambat sampai ke tangan dia. Susah2 je Kak Long antar 2x, tak kisah pun lambat sket. Anyway thanx a lot ya. Eh, nak tau tak hadiah apa? Tengok la tuan punya hadiah dah siap fitting.
Ya, sehelai tudung yang comel. Ayra suka sangat sebab before nih dia cuma ada sehelai tudung yang mama tok belikan since umur Ayra 3 bulan lagi. yang satu tu je la yang dia dok angkut ke sana ke sini. Alhamdulillah boleh tambah koleksi tudung ayra. Tima kasih UmiAnas.
pssst: Kak long, insyaallah ahad nih kami sekeluarga akan sampai di Big Day Angah. TQ atas jemputan.
Friday, December 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment